Saturday 30 June 2012

Tentang Aku Part 1..

Tiba2 terasa nak cerita pasal diri sendiri plak. Dikala dinihari yang tiada berbuat apa2.. So terasa la nak menaip bercerita tentang diri sendiri nih. Dari mana aku nk mula pon aku tak tw..huhu.. Firstly my birthday la erk.. Aku lahir pada 12 Mei 1987.. Tarikh keramat nih la aku dilahirkan dan melihat dunia yang fana ini.. Terima Kasih ALLAH Kerana dengan berjuta2 benih sperma abah aku, dan aku adalah juaranya.. Dengan ini maka lahirlah aku kedunia ini. Aku pon telah diberi nama MOHD AZARUL BIN KEMAT kedua ibu bapa aku. Berlainan dengan adik-beradik aku yang lain, aku seorang je yang dilahirkan kat Hospital. Menurut dari cerita my mum.. Akak2 aku ngan Seorang abang aku semua dilahirkan kat umah yang disambut oleh mak bidan kampung. Tp tak kisah la..janji semua selamatkan..hehehe..

Nih aku masa 3 tahun kot.. Masa baby tade la plak..

Aku merupakan anak last dalam family aku. anak bongsu la kan kalau dah last nih.. Adik beradik aku semuanya seramai 7 orang. Aku ade 5 orang akak dan Sorang jerk abang. 1 sampai 5 tuh semua perempuan. 6 & 7 baru la lelaki. Mak aku penah cerita dulu yang abah aku nih nak sgt anak lelaki. tapi dah 5 orang still perempuan. Apa yang peliknya, sebelah umah jiran aku pon sama seperti apa yang terjadi seperti keluarga nih. berderet 3 rumah termasuk rumah aku. Yang satu umah tuh nama panggilan dia kat kampung Wak Noh, dan yang satu lagi rumah Wak Anis. Apa yang peliknya anak2 diaorg pon yang atas2 semua perempuan dan yang akhir2 baru lelaki. Rumah kami bersebelahan dan jarak dalam 300m gitu la.. 

Nampaknya abah aku tak berputus asa. dah pelbagai kemahiran digunakan akhirnya berkesan juga..hahaha.. berkat kesabaran kot.  Lahirlah abang aku yang sorang tuh. Aku ngan abang aku ok la. agak rapat gak aku ngan dia. Sbb kiteorg tak pernah duduk jauh. Kalau kecik2 dulu keje asyik bergaduh jerk la.. Kalah menang dah tak kira.. Tapi tau la kan..sapa yang menang sapa yang kalah. mmg aku je la yang kalah. pastuh mula la aku mengadu kat mak aku. hahahah.. Bila aku dah mengadu tuh, taw la apa yang kne kat abang aku. Kene marah la ngan mak aku..hahahha :)) padan muka dia kne marah.


Darjah 3 kot.. Dengan Mak Tersayang..

Tahun 1994 aku mula masok sekolah pra sekolah. Aku bersekolah di kampung aku iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Jaya. Sampai la darjah 6 aku bersekolah kat sana. Masa Pra sekolah dulu aku dapat No.1.. hahahaha.. Masa tuh aku rasa sgt suka.. Biasa la sbb dpt adiah.. Tp bila naik darjah 1-6 aku only top 10 kot dalam kelas tuh. Sbb kalau exam yang dapat no1-no.3 tuh mesti muka yang sama setiap tahun. Aku igt lagi.4 orang budak yang sgt hebat tuh.. 2 laki & 2 Pompan.. 2 lelaki tuh nama dia Johan N Didi.. Yang Pompan plak Sikin N Nisak. Alhamdulillah sampai sekarang aku masih lagi contact ngan diaorg. Masing2 dah kerja dan ade gak yang dah kawen..

 Nih masa sukan skolah.. Atlet tuh.. yang pntg rambut belah tengah..


Pengawas Perpustakaan.. Possing tak hengat..hahhaha


Dalam Van Rombongan pg Mersing..


Masa aku darjah 6 aku jugak dah khatam Al-Quran. Jadinya Mak & Abah tersayang aku watkan majlis khatam Al-Quran aku ngan abg ngan akak aku sekali. Agak meriah la jugak. Sbb kami di raikan.. Siap ade pelamin ngaji atas tuh. 

Comel tak..hehehe

akak n abang aku tuh.. eh anak buah aku pon ade gak..


Lepas abes darjah 6 dan mendapat keputusan UPSR yg agak cemerlang jugak la.. Tapi takleh la nk bgtw kat sni.. Nti ade yg ckp membangga diri plak.. huhuhu.. Aku Sambung Tingkatan 1 kat Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak. Sekolah nih dalam 3km jerk dari umah aku..kalau jalan kaki penat gak la. So aku pergi sekolah bersama abang aku. Menunggang Motosikal. Kat kampung apa ade hal..tak kisah ade lesen ke tak.. Janji pakai helmet ke sekolah. Tingkatan 1 aku berada di kelas 1 Bukhari.. Terdapat 6 jenis kelas kesemuanya iaitu Bukhari, Muslim, Atturmizi, Annasaie, Abu Daud & Ibnu Majjah.. Kelas Bukhari adalah kelas pertama dan konon2nya utk budak2 pandai.. Konon2nye je la.. pandai la sgt kan.. Dan diikuti seterusnya..Aku Berada di Kelas Bukhari nie sampailah ke tingkatan 3. So kira Satay kat kelas yang sama, tak naik dan tak turun.. Macam mana nak naik..sebab dah kelas nih ranking pertama..hehehe..

Jamuan Hari Raya Sekolah..

With Arwah Adi Sufian My Besfren..

Lepas je PMR aku dapat byk tawaran ke luar dari sekolah SMKPB nih la. Tapi oleh kerana sebab2 yang tak dpt di elak.. Aku stay di sekolah yang lama jugak. Al maklumlah tak pernah berjauhan dengan family. Masa form 4 aku diletakkan di kelas 4 Ibnu Sina. Kelas aliran Sains dimana yang konon2nya result PMR agak baik dan dijangka boleh membawa subjek sains.. Agak kelakarkan bunyiknya. dah lepas 3 bulan waktu PnP sekolah berjalan aku rasa aku tak boleh membawa subjek2 sains nih.. Sebab kepala otak aku nih dah berat sgt kot. Tak boleh bawak la sng ckp.. Aku jmpa cikgu yang bertanggungjawab menyelaraskan student2 nih.. Tp keputusannya adalah hampa. Aku taidak dibenarkan utk menukar ke kelas Sastera iaitu Akaun. Jadi aku kne teruskan jugak membawa aliran Sains nih. Terima jerk la. 

Ramai orang ckp masa form 4 nih adalah waktu "HONEYMOON".. Betul kata diaorg.. waktu paling best adalah form 4.. Sbb kita tak terbeban dengan exam yang besar. Tp tuh pemikiran budak2 yang sengal la.. Kalau budak2 yang skema dan bijak pandai tiada istilah honeymoon pon..keje dok study jerk. Masuk Form 5 mula la aku menggelabah. Sbb masa form 4 keje men2 je,, tak ambik port pon pasal study. Keje dok bersukan je sana sni.. Paling Best ujung2 tahun dalam bulan 7 ke 8 sempat lagi pegi main bola kat Mersing.. Sebab sekolah kami juara Bola Sepak Bawah 18 Daerah Pontian, jadi sekolah kami kena la mewakili Daerah Pontian di Mersing.. Masa tuh mmg best la.. Nasib bek aku form 4 lagi.. Form 5 pon blom ade kesedaran study lagi. Masih join semua aktivit sekolah.. Bola sepak, Bola Baling, Bola Tampar, Bola Jaring je tak..hahaha.. sbb aku lelaki.. Tade lagi bola Jaring utk lelaki masa tuh. Kawad kaki pon aku join gak.. Taw2 waktu SPM dah sampai.. Mula la menggelabah aku nih.. Dan SPM pon Berjalan pada bulan Puasa. Stop seminggu sebab beri laluan kepada hari raya.

Masa SPM tahun tue la aku  betul2 tak beraya.. Sbb Malam Raya tuh aku aksident.. Tapi tak teruk mana pon. tapi meninggalkan kesan hingga ke hari ini. Aku igt lagi benda tuh.. Membuatkan aku agak fobia sket la nak keluar malam raya.. Tapi sekarang aku kuar jugak..hehhehe.. So SPM pon bersambung lagi.. Last day SPM Abes baju skolah aku, aku ambik sign2 kawan2 aku. Sebagai tanda ingatan bila dah besa2 nnti.. Tapi ntah mana Mak aku letak baju aku tuh..hahhaha :)) 

Aku rasa dah agak panjang aku cerita nih. Sebenarnya panjang lagi.. Nanti aku sambung part 2 plak.. Macam biasa ade lagi sket gmba aku masa form 4 & 5.. meh la tgok aku upload nih..

 ngan Cikgu Apis, Lokman & Oma

Cikgu Praktikal Paling Rapat Ngan aku dulu..Cikgu Ijat..

Majlis Akhir Form 5..

No comments:

Post a Comment