Wednesday 27 June 2012

Keputusan Dalam Kehidupan...

Setiap manusia yang beriman akan membuat keputusan dalam kehidupan.  Malahan setiap saat dalam kehidupan ini manusia akan membuat keputusan.  Keputusan itu boleh jadi keputusan yang mengikuti Al-Qur'an dan Sunnah dan mungkin juga keputusan itu adalah bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah.

Fikir Sejenak..

Setiap hari banyak keputusan yang kita perlu buat. Dari sekecil-kecil keputusan hingga sebesar-besar keputusan. Nak makan apa, nak pergi mana, nak buat apa dulu, nak pakai apa, nak baca apa..dan macam-macam lagi. Dari apa yang aku tahu, sememangnya keputusan yang kita buat adalah baik. Ada juga keputusan yang kita buat itu secara terburu-buru dan mendatangkan kesan kepada orang lain. Tapi pada aku, sebaik mana pon atau seburuk mana pon sesuatu keputusan dalam kehidupan itu, kita sendiri lah yang menentukannya.

Membuat Pilihan??

Membuat keputusan sememangnya penting dalam kehidupan. Akal adalah fitrah manusia untuk berfikir, tetapi dalam menggunakan akal biasa sesekali seseorang itu membuat keputusan yang salah kerana dia tidak menggunakan logik akalnya. Kebiasaannya, kita akan membuat keputusan yang terburu jika dalam keadaan yang tidak stabil. Sebagai contoh semasa kita sedang marah atau sebagainya. Selalunya keputusan yang kita ambil lebih banyak kepada yang tidak relevan. 

Sebagai pembuat keputusan, kita haruslah pandai memilih dan menilai sesuatu perkara itu terlebih dahulu.  Dalam membuat keputusan, rujuk pada sistem nilai yang kita pegang dalam kehidupan. Sistem nilai bermaksud apa perkara-perkara penting yang kita nilaikan sebagai yang penting dalam kehidupan kita. Sememangnya keputusan yang kita buat tidak akan memuaskan semua pihak. Aku yakin mesti ada pihak yang tidak akan berpuas hati dengan kita sekiranya keputusan yang kita buat.

Sepertinya aku pon dah membuat banyak keputusan dalam hidup aku. Aku pon tak tahu dengan keputusan-keputusan yang aku buat nih. Ada yang aku rasa kepuasan sgt2 bila keputusan yang aku buat tuh sgt berbaloi dan bermakna. Tapi tak semua keputusan yang aku buat tuh aku puas hati dan memuaskan hati orang. Bagi aku seburuk mana pon keputusan yang aku buat, itu adalah keputusan aku. Aku tak salahkan orang lain kalau2 keputusan yang aku buat tuh tidak boleh diterima oleh orang, atau menyakiti orang lain. Itu tetap dengan keputusan aku. Tiada penyesalan dalam membuat keputusan sebab benda itu aku yang putuskan.


Sebagai hamba ALLAH, Aku masih lagi berpegang kepada ajarannya. Setiap keputusan itu mestilah berlandaskan sunnah dan ajarannya. Setiap baik buruk keputusan itu haruslah diterima dengan hati yang terbuka dan kita harus Yakin bahawa ALLAH akan sentiasa bersama mahluk2nya dan ALLAH itu Maha Mengetahui. Jadi, Janganlah kita menyesal atas keputusan yang kita buat dan Aku percaya setiap yang berlaku itu pasti ade hikmah disebaliknya.

1 comment:

  1. for everything you do.... i turn to u !~~ hak hak hak !

    ReplyDelete