Friday 3 August 2012

Ramadhan La babY...

Alhamdulillah.. dah masok hari ke 14 kita berpuasa untuk tahun 2012.. tetiba plak teringat waktu2 or zaman berpuasa masa kat Unibersiti dolo2.. Macam-macam ragam.. Sem 1 buka puasa dengan masing2 pya juadah.. Start sem 3 dah ade Geng Memasak plak dah..Macam2 cerita.. Macam2 ragamnya.. STart dari sem 3, sem 5 & sem 7..

Masihkah kau ingat weh.. tp mcm mana pon.. puasa kat U adalah zaman paling best & seronok berbanding zaman kerja nih.. Walaupon makan tak seberapa.. tp boleh rasakan sama2 susah senang ngan geng2 EON nih.. Tiap2 hari boleh dikatakan makan lauk yang sama.. Yang peliknya tak jemu2 plak tuh.. Collection duet akan dibuat setiap kali hujung minggu.. Boleh dikatakan hari2 makan kari la sng..menu wajib telur dadar.. 

Doa berbuka Puasa..

Geng2 Masak..

Doa Berjemaah..

Nasik membukit untuk padia momok..

Seingat aku dulu.. tugas aku kat geng masak nih adalah tukang buat air.. Nie disebabkan antara reramai nih aku paling berbakat n sedap wat air..wakakka.. yg bestnya apa.. hari2 air yg sama.. sanquik..huhuhu.. Dalam geng masak nih masing2 dah diberikan tugas.. Sood, Mukh & embun keje tukang carik lauk, Judin tukang wat telur Dadar kalau tak Silap.. Mael Ngan Momok a.k.a Padia Tukang Masak Nasik Bergilir2.. N Bur Tukang Makan..Bangon2 tedo jerk semua hidangan dah siap..hahhaha :)) bur lupa plak apa tugas dia.. 

Dalam masa yang sama gak..kdg2 berlaku ketidakadilan dimana kadang2 tuh si badan besa nih kuat makan.. dia bila bab2 makan dia tak hengat org lain..kadang tuh sgt byk dia ambik lauk smpai yg ade dpt cket ja.. hahhaha.. masing2 punya perangai kan.. tp masih blh dikawal.. sampai skrg kalau bab2 buka puasa nih aku igt lagi bende nih.. Padia jgn marah ea..cerita lama2 nih..huhuhu.. dulu ada rasa tak puas hati..tp tak bgtw pon..nih cuma imbau kenangan jewp..hahahhaha :))

Budak2 len pon ade ckp gak..tp masing2 wat tak tw jerk.. kadang sood pya perangai pon blh jadik jugak..tapi papepon geng2 masak nih terbaik dowh.. aku rasa aku igt sampai sni jerk kot.. pasnih cerita pasal berbuka kat umah sood plak lah.. Salam kawan2 semua..

Saturday 28 July 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Rasanya Masih Belum terlambat lagi aku nk ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seleuruh Umat Islam sedunia..Bulan yang penuh keberkatan. Sama-sama kita mengejar keberkatan dan membuat amalan yang suci di bulan keberkatan ini.. Salam Ramadhan Untuk Semua.. LOve U All...


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ; 

i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya, 

ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia, 

iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih, 

Ulama silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal. 

iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei] 

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim] 

v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai. 

vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan. 

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, ni’mat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya. 

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakananya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah swt. 

Sabdanya : “Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya” [ Ahmad dan at-Tarmiziy]. 

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut : ‘Sekiranya perutmu kenyang angota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang’. 

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa. 

vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya. 

viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. 

Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. 

Sabdanya : “Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur”. [Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim]. 

ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”. [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah]. 

x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya. 

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Tarawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Tarawih mereka kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku’ dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya. 

Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, ruku’, sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya. 

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 10 rakaat. Sabdanya saw : “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman” [an-Nasaei]. 

Saturday 30 June 2012

Tentang Aku Part 1..

Tiba2 terasa nak cerita pasal diri sendiri plak. Dikala dinihari yang tiada berbuat apa2.. So terasa la nak menaip bercerita tentang diri sendiri nih. Dari mana aku nk mula pon aku tak tw..huhu.. Firstly my birthday la erk.. Aku lahir pada 12 Mei 1987.. Tarikh keramat nih la aku dilahirkan dan melihat dunia yang fana ini.. Terima Kasih ALLAH Kerana dengan berjuta2 benih sperma abah aku, dan aku adalah juaranya.. Dengan ini maka lahirlah aku kedunia ini. Aku pon telah diberi nama MOHD AZARUL BIN KEMAT kedua ibu bapa aku. Berlainan dengan adik-beradik aku yang lain, aku seorang je yang dilahirkan kat Hospital. Menurut dari cerita my mum.. Akak2 aku ngan Seorang abang aku semua dilahirkan kat umah yang disambut oleh mak bidan kampung. Tp tak kisah la..janji semua selamatkan..hehehe..

Nih aku masa 3 tahun kot.. Masa baby tade la plak..

Aku merupakan anak last dalam family aku. anak bongsu la kan kalau dah last nih.. Adik beradik aku semuanya seramai 7 orang. Aku ade 5 orang akak dan Sorang jerk abang. 1 sampai 5 tuh semua perempuan. 6 & 7 baru la lelaki. Mak aku penah cerita dulu yang abah aku nih nak sgt anak lelaki. tapi dah 5 orang still perempuan. Apa yang peliknya, sebelah umah jiran aku pon sama seperti apa yang terjadi seperti keluarga nih. berderet 3 rumah termasuk rumah aku. Yang satu umah tuh nama panggilan dia kat kampung Wak Noh, dan yang satu lagi rumah Wak Anis. Apa yang peliknya anak2 diaorg pon yang atas2 semua perempuan dan yang akhir2 baru lelaki. Rumah kami bersebelahan dan jarak dalam 300m gitu la.. 

Nampaknya abah aku tak berputus asa. dah pelbagai kemahiran digunakan akhirnya berkesan juga..hahaha.. berkat kesabaran kot.  Lahirlah abang aku yang sorang tuh. Aku ngan abang aku ok la. agak rapat gak aku ngan dia. Sbb kiteorg tak pernah duduk jauh. Kalau kecik2 dulu keje asyik bergaduh jerk la.. Kalah menang dah tak kira.. Tapi tau la kan..sapa yang menang sapa yang kalah. mmg aku je la yang kalah. pastuh mula la aku mengadu kat mak aku. hahahah.. Bila aku dah mengadu tuh, taw la apa yang kne kat abang aku. Kene marah la ngan mak aku..hahahha :)) padan muka dia kne marah.


Darjah 3 kot.. Dengan Mak Tersayang..

Tahun 1994 aku mula masok sekolah pra sekolah. Aku bersekolah di kampung aku iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Jaya. Sampai la darjah 6 aku bersekolah kat sana. Masa Pra sekolah dulu aku dapat No.1.. hahahaha.. Masa tuh aku rasa sgt suka.. Biasa la sbb dpt adiah.. Tp bila naik darjah 1-6 aku only top 10 kot dalam kelas tuh. Sbb kalau exam yang dapat no1-no.3 tuh mesti muka yang sama setiap tahun. Aku igt lagi.4 orang budak yang sgt hebat tuh.. 2 laki & 2 Pompan.. 2 lelaki tuh nama dia Johan N Didi.. Yang Pompan plak Sikin N Nisak. Alhamdulillah sampai sekarang aku masih lagi contact ngan diaorg. Masing2 dah kerja dan ade gak yang dah kawen..

 Nih masa sukan skolah.. Atlet tuh.. yang pntg rambut belah tengah..


Pengawas Perpustakaan.. Possing tak hengat..hahhaha


Dalam Van Rombongan pg Mersing..


Masa aku darjah 6 aku jugak dah khatam Al-Quran. Jadinya Mak & Abah tersayang aku watkan majlis khatam Al-Quran aku ngan abg ngan akak aku sekali. Agak meriah la jugak. Sbb kami di raikan.. Siap ade pelamin ngaji atas tuh. 

Comel tak..hehehe

akak n abang aku tuh.. eh anak buah aku pon ade gak..


Lepas abes darjah 6 dan mendapat keputusan UPSR yg agak cemerlang jugak la.. Tapi takleh la nk bgtw kat sni.. Nti ade yg ckp membangga diri plak.. huhuhu.. Aku Sambung Tingkatan 1 kat Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak. Sekolah nih dalam 3km jerk dari umah aku..kalau jalan kaki penat gak la. So aku pergi sekolah bersama abang aku. Menunggang Motosikal. Kat kampung apa ade hal..tak kisah ade lesen ke tak.. Janji pakai helmet ke sekolah. Tingkatan 1 aku berada di kelas 1 Bukhari.. Terdapat 6 jenis kelas kesemuanya iaitu Bukhari, Muslim, Atturmizi, Annasaie, Abu Daud & Ibnu Majjah.. Kelas Bukhari adalah kelas pertama dan konon2nya utk budak2 pandai.. Konon2nye je la.. pandai la sgt kan.. Dan diikuti seterusnya..Aku Berada di Kelas Bukhari nie sampailah ke tingkatan 3. So kira Satay kat kelas yang sama, tak naik dan tak turun.. Macam mana nak naik..sebab dah kelas nih ranking pertama..hehehe..

Jamuan Hari Raya Sekolah..

With Arwah Adi Sufian My Besfren..

Lepas je PMR aku dapat byk tawaran ke luar dari sekolah SMKPB nih la. Tapi oleh kerana sebab2 yang tak dpt di elak.. Aku stay di sekolah yang lama jugak. Al maklumlah tak pernah berjauhan dengan family. Masa form 4 aku diletakkan di kelas 4 Ibnu Sina. Kelas aliran Sains dimana yang konon2nya result PMR agak baik dan dijangka boleh membawa subjek sains.. Agak kelakarkan bunyiknya. dah lepas 3 bulan waktu PnP sekolah berjalan aku rasa aku tak boleh membawa subjek2 sains nih.. Sebab kepala otak aku nih dah berat sgt kot. Tak boleh bawak la sng ckp.. Aku jmpa cikgu yang bertanggungjawab menyelaraskan student2 nih.. Tp keputusannya adalah hampa. Aku taidak dibenarkan utk menukar ke kelas Sastera iaitu Akaun. Jadi aku kne teruskan jugak membawa aliran Sains nih. Terima jerk la. 

Ramai orang ckp masa form 4 nih adalah waktu "HONEYMOON".. Betul kata diaorg.. waktu paling best adalah form 4.. Sbb kita tak terbeban dengan exam yang besar. Tp tuh pemikiran budak2 yang sengal la.. Kalau budak2 yang skema dan bijak pandai tiada istilah honeymoon pon..keje dok study jerk. Masuk Form 5 mula la aku menggelabah. Sbb masa form 4 keje men2 je,, tak ambik port pon pasal study. Keje dok bersukan je sana sni.. Paling Best ujung2 tahun dalam bulan 7 ke 8 sempat lagi pegi main bola kat Mersing.. Sebab sekolah kami juara Bola Sepak Bawah 18 Daerah Pontian, jadi sekolah kami kena la mewakili Daerah Pontian di Mersing.. Masa tuh mmg best la.. Nasib bek aku form 4 lagi.. Form 5 pon blom ade kesedaran study lagi. Masih join semua aktivit sekolah.. Bola sepak, Bola Baling, Bola Tampar, Bola Jaring je tak..hahaha.. sbb aku lelaki.. Tade lagi bola Jaring utk lelaki masa tuh. Kawad kaki pon aku join gak.. Taw2 waktu SPM dah sampai.. Mula la menggelabah aku nih.. Dan SPM pon Berjalan pada bulan Puasa. Stop seminggu sebab beri laluan kepada hari raya.

Masa SPM tahun tue la aku  betul2 tak beraya.. Sbb Malam Raya tuh aku aksident.. Tapi tak teruk mana pon. tapi meninggalkan kesan hingga ke hari ini. Aku igt lagi benda tuh.. Membuatkan aku agak fobia sket la nak keluar malam raya.. Tapi sekarang aku kuar jugak..hehhehe.. So SPM pon bersambung lagi.. Last day SPM Abes baju skolah aku, aku ambik sign2 kawan2 aku. Sebagai tanda ingatan bila dah besa2 nnti.. Tapi ntah mana Mak aku letak baju aku tuh..hahhaha :)) 

Aku rasa dah agak panjang aku cerita nih. Sebenarnya panjang lagi.. Nanti aku sambung part 2 plak.. Macam biasa ade lagi sket gmba aku masa form 4 & 5.. meh la tgok aku upload nih..

 ngan Cikgu Apis, Lokman & Oma

Cikgu Praktikal Paling Rapat Ngan aku dulu..Cikgu Ijat..

Majlis Akhir Form 5..

Wednesday 27 June 2012

Keputusan Dalam Kehidupan...

Setiap manusia yang beriman akan membuat keputusan dalam kehidupan.  Malahan setiap saat dalam kehidupan ini manusia akan membuat keputusan.  Keputusan itu boleh jadi keputusan yang mengikuti Al-Qur'an dan Sunnah dan mungkin juga keputusan itu adalah bertentangan dengan Al-Qur'an dan Sunnah.

Fikir Sejenak..

Setiap hari banyak keputusan yang kita perlu buat. Dari sekecil-kecil keputusan hingga sebesar-besar keputusan. Nak makan apa, nak pergi mana, nak buat apa dulu, nak pakai apa, nak baca apa..dan macam-macam lagi. Dari apa yang aku tahu, sememangnya keputusan yang kita buat adalah baik. Ada juga keputusan yang kita buat itu secara terburu-buru dan mendatangkan kesan kepada orang lain. Tapi pada aku, sebaik mana pon atau seburuk mana pon sesuatu keputusan dalam kehidupan itu, kita sendiri lah yang menentukannya.

Membuat Pilihan??

Membuat keputusan sememangnya penting dalam kehidupan. Akal adalah fitrah manusia untuk berfikir, tetapi dalam menggunakan akal biasa sesekali seseorang itu membuat keputusan yang salah kerana dia tidak menggunakan logik akalnya. Kebiasaannya, kita akan membuat keputusan yang terburu jika dalam keadaan yang tidak stabil. Sebagai contoh semasa kita sedang marah atau sebagainya. Selalunya keputusan yang kita ambil lebih banyak kepada yang tidak relevan. 

Sebagai pembuat keputusan, kita haruslah pandai memilih dan menilai sesuatu perkara itu terlebih dahulu.  Dalam membuat keputusan, rujuk pada sistem nilai yang kita pegang dalam kehidupan. Sistem nilai bermaksud apa perkara-perkara penting yang kita nilaikan sebagai yang penting dalam kehidupan kita. Sememangnya keputusan yang kita buat tidak akan memuaskan semua pihak. Aku yakin mesti ada pihak yang tidak akan berpuas hati dengan kita sekiranya keputusan yang kita buat.

Sepertinya aku pon dah membuat banyak keputusan dalam hidup aku. Aku pon tak tahu dengan keputusan-keputusan yang aku buat nih. Ada yang aku rasa kepuasan sgt2 bila keputusan yang aku buat tuh sgt berbaloi dan bermakna. Tapi tak semua keputusan yang aku buat tuh aku puas hati dan memuaskan hati orang. Bagi aku seburuk mana pon keputusan yang aku buat, itu adalah keputusan aku. Aku tak salahkan orang lain kalau2 keputusan yang aku buat tuh tidak boleh diterima oleh orang, atau menyakiti orang lain. Itu tetap dengan keputusan aku. Tiada penyesalan dalam membuat keputusan sebab benda itu aku yang putuskan.


Sebagai hamba ALLAH, Aku masih lagi berpegang kepada ajarannya. Setiap keputusan itu mestilah berlandaskan sunnah dan ajarannya. Setiap baik buruk keputusan itu haruslah diterima dengan hati yang terbuka dan kita harus Yakin bahawa ALLAH akan sentiasa bersama mahluk2nya dan ALLAH itu Maha Mengetahui. Jadi, Janganlah kita menyesal atas keputusan yang kita buat dan Aku percaya setiap yang berlaku itu pasti ade hikmah disebaliknya.

Monday 25 June 2012

Demam Bola..

Rasanya dah agak terlambat la kot untuk cerita pasal demam bola EURO 2012 Poland-Ukraine nih.. Tapi tade la terlambat sangatkan.. Tapi pada aku kali nih EURO 2012 tak la semeriah masa sebelum2 nih. Nih pada pandangan aku, Sebab Masa Euro2 yang lepas.. masa tuh, masih pada alam Study.. Mmg meriah gila la kata orang. Dengan Gelagat member2 yang menyokong pasukan masing2, dengan komitmen yang tak terlalu berat..komitmen yang tak terlalu berat maknanya suka2 je boleh ponteng kelas..hahahha..sbb ade member tolong signkan attendance.. Skrg nih dengan komitmen yang agak berat, Kewajiban harian "KERJA" mmg tak boleh la nk Ponteng2 nih..

EURO 2012..
Lumrah la bagi lelaki, bak kata orang tuh kalau tak minat bola nih bukan lelaki la kot.. Yeke? rasanya ade betol gak la.. Takkan nak tgok rancangan memasak bersama Chef Wan tuh..hahahha :)) lagipon EURO nih bukannya setiap tahun, 4 tahun sekali kan.. Kalau tak silap aku la.. Kan rugi tuh kalau kita tak tengok game2 Bola nih.

Untuk Euro kali nih aku telah memilih 2 pasukan yang untuk disokong iaitu SPAIN & FRANCE.. dalam masa yang sama gak aku minat kat German. tapi tak boleh la nk pilih banyak2.. Nti orang cakap tamak plak..Disebabkan kedua2 team nih kene jmpa kat Quarter Final aku terpaksa membuat kos lepas la kalau dalam ekonomi.. Al maklumla masa study dulu ekonomi dapat A..hahahha :)) Terpaksa melepaskan satu team yang baik untuk yang lebih baik.. pada masa yang sama kedua2nya baik.. Tp mesti semua dah dapat agak, team mana yang akan dipilih..huhuhu

My First Team Spain..

Second Team yang terpaksa dilepaskan.. France..

Tapi masa game Spain vs France nih Sebenarnya aku tade la nk sokong spain sgt. sbb aku dah boleh agak team nih akan menang. Sokong Team yang kuat2 sgt pon tak best la.. Aku mengharapkan keajaiban dari team France. Tp tade keajaiban yang berlaku pon..huhuhu.. Terpaksa akur france Kalah 2-0 kepada Spain.. Aku taw semua mesti ada pilihan masing2kan.. So sokong la pasukan anda tuh. tak kisah la kalah ke menang.. Tp Harimau Malaya jangan di Abaikan.. Support Our National Team Also.. Jangan dok bangga dengan team bola negara luar jerk.. Penyokong yang setia adalah penyokong yang menerima setiap keputusan perlawanan sama ada menang, seri mahupun kalah seperti seorang sahabat yang setia kepada sahabatnya tika susah mahupun senang..

Aku nih tade la pandai mana pon main bola. Tapi kalau setakat sepak, tendang bola mesti lah boleh la. Tipu la kalau orang yang bergelar lelaki tak pandai menggentel bola. Aku percaya semua lelaki dalam dunia nih pasti pandai dalam menggentel bola..huhuhu.. Bukan lelaki nih kalau tak pandai gentel bola.. Aku pon pandai Gentel bola..hahhaha :))

So, Kita tunggu kesudaha EURO 2012 nih.. Kita tgok team mana yang menang ye.. Bak Kata Pepatah Bola itu Bulat, Bukan Selama-lamanya Bulat, Bola Itu Bulat, Tapi bukan hanya untuk disepak.

Tak kisah la team mana pon yang disokong.. yang pasti hanya akan ade satu jerk juara.. huhuhu.. Ayuh kaum adam sama2 kita demam bola dengan menggentel bola..hahahhaha :))
 

Sunday 24 June 2012

Express Rail Link (ERL)..

Sebab apa aku berminat nak cerita pasal ERL nih..hahahaha :)) Kisahnya malam semalam, aku balik kampung naik bus. Turon kat TBS "Terminal Bersepadu Selatan" Nak dijadikankan Cerita.. Nie First Time aku naek ERL Sendiri.. 

 Nih la ERL tuh.. High Speed Rail gak kot..

Mula2 carik konter nk beli tiket dah sesat dah.. mmg nmpk sgt la first time nya kan..pastuh dah jmpa konter tiket perasaan sgt gembira masa tuh.. Mcm dapat makan Mcd Double Quarter Ponder..hahaha.. Sampai je kat dia punya Platform kene tggu lagi 23 min. Destinasi aku Putrajaya Sentral.

Nampaknya mcm ERL baru jerk terlepas, Aku lambat beberapa saat beli tiket.. Tgu pya tunggu berlalu la 23 minit tuh dengan aku mengisi dengan bermain game kat HP aku.. Pastuh naik la.. dengan yakin n perasaan yang bergitu gembira.. Mcm jakon la.. aku dok senyum2 sorg2.. pastuh dok tgok2 permandangan luar..

Tak pasal2 bila dah sampai kat PJ Sentral tuh boleh plak aku mengelamun..wat bodo jerk.. Tak tron dari ERL.. Sbb Seronok sgt dok dlm ERL kot.. hahahaha.. So terlepas la aku ke Salak Tinggi.. Pastuh aku dengan gelabah ade tya la kat sorang awek nih, dia ckp PJ Sentral dah lepas. Skrg nih kat Salak Tinggi.. Pastuh Awek tuh boleh gelak2 kan.. hahahha.. Tak pasal2 aku yang macho nih pon malu2 kucing la.. 

Pastuh aku wat slumber ikot awek tuh keluar, awek tuh dok usha2 sbb aku follow belakang dia. then aku tya guard yang kat sana.. Guard tuh dengan baik hati pon tunjukkan aku arah mana yg aku kne pegi untuk kembali ke PJ Sentral. Nampak sgt kan First Time nye.. Lpas nih aku dah master la nek ERL.. Kompom tak terlepas lagi.. kalau terlepas tuh maybe nk tgok pemandangan dari dlm ERL kot..huhuhu..

Kesian gak kat mbr aku yang dah tggu lama kat PJ sentral tuh. Nasib baik orangnya baik dan penyabar.. kalau tak kompom kne maki2 aku nih.. takpe lps nih aku belajar la dari kesilapan, orang kata pengalaman tuh mendewasakan kita. So sememangnya aku dah dewasa la nih.. Dah naik ERL sendiri..hahahha :))

Wednesday 20 June 2012

Aku & Kerja___

Ya Allah ikhlaskanlah hati ini dalam melaksanakan & melakukan tugas dan amal saya setiap hari...semoga saya dpt membantu ramai org setiap hari..
 
 Aku dan kerja.. hari2 kerja.. Standard la kan.. Kita hidup kat dunia nih kena la kerja.. Untuk pendapatan.. kira skrg nih dah ada kewajiban sendiri la.. kalau tak kerja mana nk dapat duet ye dak.. Bukan macam masa study dulu.. Duet abes jerk call Bank kat Kampung.. Setiap kali call mesti dyorg (Mak & Abah) yang kat Kampung dah taw.. Soklan pertama yang ditanya mesti call sebab dah abes duetkan..huhu.. Nak RM$$$ berapa??

 Tapi tuh dulu2 la masa study. Skrg nih dah ubah kot. kalau call dyorg tak tanya Nak Brapa dah.. Dyorg pon dah paham anak dia nih dah kerja.. Dah ade pendapatan sendirik..So  kerja nih dah jadik kewajiban la bagi aku. 

Buat masa nih aku kerja kat tempat aku mencari sesuap nasik nih dah masok hampir 1 Tahun 2 bulan.. Agak kejap masa berlalu..diam tak diam dah setahun kat sini. Dah dekat setahun la aku bergraduasi dari study nih.. Ya ALLAH.. Pantasnya masa berlalu.. Rasa macam baru sebulan 2 jerk abes study.. Disebabkan jawatan kerja yang  aku sandang kat sini masih samar2.. Aku juga Sedang berusaha mencarik kerja yg lebih secure la kata orang untuk masa depan.

Tapi sambil2 carik kerja lain sama, aku tetap memberikan full commitment la kat kerja aku nih. Sekurang2nya aku punya tenaga yang aku kerahkan ade meninggalkan kesan kat sini satu hari nanti.. Walaupon tak banyak mana, sikit2 pon jadiklah.. Ade jugak sumbangan yang aku tinggalkan nnti.. Tapi ade ke? huhuhu.. tuh tak tw la..tanya la kat bos aku nnti.

 Nih la gamba tempat aku kat Opis...
Belum 5s lagi neh..gamba terbaru akan upload coming soon..